Pagi ini kami amat bersemangat sekali terutama kak Lela yang tak sabar2 nak mendayung sampan @ Mekong River. Kami telah memilih Pn. Zaidah sebagai Touris Guard kami kerana beliau fasih berbahasa Melayu dan yang lebih penting MUSLIM. Pakej yang disediakan oleh Pn. Zaidah dikenakan bayaran sebanyak RM 100 seorang yang merangkumi sarapan pagi, kos pengangkutan pergi n balik ke Mekong River, pemandu pelancong dan makan tengahari di restoran beliau sebelum balik ke Hotel kami.
Pengalaman kami sepanjang mengembara ke Mekong River amat menarik sekali, tak terungkap dengan kata-kata terutama ketika mendayung sampan di tengah-tengah kesibukan Sungai Mekong. Walaupun kepenatan yang amat sangat kerana di bawa melawat 3 pulau yang mempunyai aktiviti dan keunikan masing-masing tapi kami tetap bersemangat. Hanya foto-foto inilah yang mampu menggambarkan betapa terujanya kami.
Kami cuba mendayung sampan sambil duduk dan terasa urat saraf menegang walaupun sebenarnya dayungan kami tidaklah sekuat mana pun. Bayangkan bila anda mendaynng seharian pergi dan balik...apatah lagi si pendayungnya adalah seorang perempuan warga emas (apa rahsia ye????~ mungkin darah ular yang diminum memberi tenaga kepada mereka)
Perjalanan diteruskan dengan bot menuju ke pulau yang menghasilkan coklat kelapa. Di sini kami melihat sebuah bangsal yang memproses coklat kelapa. Apa lagi, agak banyak juga kami memborong coklat di pulau ini. Wah!!!!terpegun seketika melihat beberapa botol leper yang disalut plastik kuning. Puas jugak kami merenung dan meninjau.....ooooooo.....sang ular tedung dan kala jengking yang diawet dengan arak tradisional Vietnam. La!!!lagi besar...satu botol besar yang boleh mengisi hampir 20 ekor ular yang telah diawet sedia untuk dijual dan selalunya untuk menguatkan tenaga batin orang lelaki.
Malah, beg tangan, kasut, dan beberapa jenis perhiasan lain dari kulit ular sawa juga dijual serendah RM100.00. Terdapat juga barangan yang dihasilkan dari kulit buaya. Jadi, masyarakat Delta Mekong ini sebenarnya bijak menggunakan segala bahan mentah yang ada dan mereka tidak membuangnya begitu sahaja. Ikan juga menjadi sumber pendapatan utama di sini. Antara ikan yang popular ialah Ikan Telinga Gajah, Ikan Talapia dan Ikan Sepat.
Perjalanan menyusur pulau kecil ini diteruskan dengan merentas jambatan gantung. aduhai..berderau darah apabila tiba di pertengahan jambatan dan melihat ke bawah, di dapati kayunya agak lusuh dan seakan rapuh...apatah lagi kami digoncang oleh Makcik Kiah yang telah sampai di hujung jambatan. Kereta kuda sedang menanti ketibaan kami dengan sabar. Terdetik juga di dalam hati, alahai, kesiannya kuda ini diperalatkan semata-mata untuk manusia mengisi perutnya. Kuda-kuda di sini agak kecil berbanding kuda yang digunakan untuk perlumbaan dan kurus sama seperti tuannya. Matanya ditutup untuk mengawal pergerakannya yang sentiasa diluar jangkaan.
Walaupun masyarakat Vietnam berketurunan Cina, tetapi di sekitar bandar dan walau di mana sahaja kita pergi, agak sukar untuk melihat kelibat anjing liar dan kucing liar di jalanan melainkan bagi sesetengah mereka yang berada, mereka akan memelihara anjing kecil seperti Chihuahua (siap baju dan sarung kaki). Kenapa tidak ada anjing dan kucing....oh! orang Vietnam sebenarnya suka makan daging anjing dan kucing terutama di daerah Hanoi.
Huh!!!! panjangnya cerita....sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Vietnam untuk dilawati tetapi memandangkan masa yang agak singkat, perjalanan kami berakhir di Delta Mekong. Kawasan yang masih boleh dilawati ialah Can Tho (pasar terapung yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran), Dalat (kawasan peranginan sederhana sejuk), Phan Thiet (kawasan peranginan tanah tinggi), Mui Ne Beach, Bau Trang (White Sand Dunes), dan lain-lain kawasan yang menarik.
***********************************
Malamnya kami ke rumah Kak Ody yang telah mengundang kami untuk majlis makan malam bersama dengan beberapa orang tetamu dari Malaysia yang lain. Kami amat terpegun melihat betapa besar dan cantiknya rumah yang didiami kak Ody. setelah sekian lama tidak bertemu dengan kak Ody maka banyaklah cerita yang dikongsi bersama. Kemudian kami di bawa melihat beberapa bilik yang terdapat di rumah beliau sebanyak 3 tingkat.
Bergambar kenangan - sebahagian dari ruang tamu rumah kak Ody.....
Memang besar rumah Kak Ody dan menarik sekali reka bentuknya......
Pulang dari rumah Kak Ody kami meneruskan shoping di Pasar Malam kerana ini adalah malam terakhir kami berada di HCMC @ Vietnam. Kami pulang semula ke Hotel lebih kurang 12.00 malam. Terus menyusun barang-barang yang telah dibeli. Kami meminjam alat penimbang dari hotel kerana risau takut2 terlebih berat / kg. Setelah semuanya selesai baru lega hati kami untuk beradu.......... bersambung.
No comments:
Post a Comment