Friday, November 25, 2011

AMALAN MENYAMBUT MAAL HIJRAH

            1 Muharram 1433H  ( 27 Nov. 2011 ) akan tiba tidak lama lagi. Saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua Sanak Saudara,  rakan taulan dan anak didik tersayang yang beragama Islam.
        Mari sama-sama kita menghayati dan mengamalkan amalan2 di bulan Muharram yang penuh keberkatan ini agar kita sama-sama mendapat hidayah dan rahmat Allah SWT.

Ihsan dari : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

            MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
        Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
          
Antara amalan yang boleh kita amalkan ialah :

Doa akhir tahun:


Doa awal tahun:



Peristiwa-peristiwa penting:


Amalan-amalan sunat:


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


Kisah Hijrah:

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.


Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. 


Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.


Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.


Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.


Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. 


Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. 


Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.


Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.


Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.



Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.


Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.


Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.


Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.


Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.


Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam. 


Salam Maal Hijrah 1433. Selamat beramal. 

Saturday, November 19, 2011

HIKAYAT 1001 MALAM SMKTTJ 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN SMKTTJ 2011
17 NOV. 2011
8. 00 MALAM
ALSON KLANA, SEREMBAN

       Sesi persekolahan 2011 dah sampai ke penghujungnya. Justeru itu, Kelab guru dan Staf telah menganjurkan Jamuan Akhir tahun yang bertemakan HIKAYAT 1001 MALAM untuk meraikan guru-guru dan staf SMKTTJ.Tahniah dan syabas kepada KGS, guru-guru dan staf sokongan yang telah memberi komitmen yang baik dengan mengenakan pakaian yang menepati tema tersebut. Suasana malam 1001 malam amat meriah sekali seolah-olah berada di Padang Pasir........ Di sini saya sempat mengabadikan kenangan malam tersebut dengan merakamkan beberapa gambar sepanjang majlis tersebut, mari kita saksikan bersama...........





















Saturday, November 12, 2011

SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG ( SPM 2011 )



         14 Nov. 2011 adalah hari yang penuh debaran buat guru-guru  dan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2011. Cikgu Rohayu mendoakan kejayaan buat semua pelajar tingkatan 5 terutama yang mengambil mata pelajaran tasawwur Islam termasuk pelajar luar pakej.
          Guru-guru sentiasa mengharapkan kejayaan yang cemerlang daripada anda semua. Teruskan berusaha tanpa rasa jemu disamping bermunajat kepada Allah SWT agar diberi ketenangan hati dan kelapangan fikiran serta dipermudahkan segala-galanya dalam menghadapi sat-sat yang penuh debaran ini..........
          Taatilah ibu bapa dan guru-guru  serta mohonlah kemaafan daripada mereka serta minta dihalalkan makan minum dan ilmu yang telah diajar kepada kita selama ini. Ingatlah! Tiada seorang guru pun apatah lagi ibu bapa yang tidak inginkan anaknya berjaya........... Jagalah hubungan baik dengan rakan-rakan anda, jauhkan perasaan hasad dengki, cemburu dan iri hati serta hindarilah sebarang pertengkaran. Sama-samalah kita mengamalkan sikap maaf memaafi sesama manusia.
         Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat menghadapi peperiksaan SPM buat semua pelajar tingkatan lima SMKTTJ. Doa saya sentiasa mengiringi perjuangan anda. Selamat berjuang dan Selamat mencipta kecemerlangan !!! 

Friday, November 11, 2011

HARI KUALITI DAN KECEMERLANGAN SMKTTJ

PERKARA       :     MAJLIS HARI KUALITI DAN KECEMERLANGAN 2011


TARIKH           :     11 NOVEMBER 2011 ( 11.11.11 )


MASA              :     8. 00 PAGI - 12. 15 TGH


TEMPAT          :     DATARAN CENDIAKIAWAN,  SMKTTJ


PERASMIAN OLEH  : YAB DATO' SERI UTAMA  HJ. MOHAMAD BIN HAJI HASAN 
                                      ( MENTERI BESAR, NEGERI SEMBILAN )

        Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua kita dapat mengadakan Majlis ini dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancang. Sekalung tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus memastikan majlis ini dapat dijalankan dengan sempurna. Sekalung Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada Penerima Anugerah Hari kualiti Dan Kecemerlangan SMKTTJ 2011.
       Anugerah yang kita terima ini adalah hasil kerjasama dan gandingan mantap serta komitmen daripada semua pihak sebagaimana yang diucapkan oleh MB,  " kecemerlangan bukanlah milik perseorangan tetapi merupakan hak milik semua orang". Justeru itu, saya merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan guru, staf sokongan serta anak didik yang telah banyak membantu saya dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya Anugerah yang diterima ini adalah milik kita semua.
         Apa yang lebih penting dan harus kita ingat bahawa, kejayaan ini juga merupakan Anugerah dan Ujian daripada Allah SWT untuk menguji sejauhmana keimanan dan rasa kesyukuran kita kepada-Nya. Mari sama-sama kita renungkan  ucapan doa pembuka majlis tadi yang antaranya berbunyi, " Ya Allah, andai kata kami cemerlang pada pandangan manusia, maka jadikanlah kami lebih gemilang dalam melaksanakan tuntutan agamaMu Ya Allah.......
          Semoga kita semua terus diberi kesihatan, ketabahan dan kekuatan iman oleh Allah SWT agar terus mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Ingat! Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental.........( Dr. Shukri Abdullah ). Selamat mencipta kecemerlangan.


Bersama bekas pengetua, Pn Hjh Zaleha Bt Siran ( Penerima Anugerah Jasamu di kenang )

Ucapan MB .........

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kurikulum Untuk pelajar .......

PENYAMPAIAN ANUGERAH KUALITI TERTINGGI 2011..........


 Staf sokongan ( pertama dari kiri ) dan guru yang menerima Anuherah.... Tahniah!


Kejutan ....... Kehadiran suami dan anak meraikan majlis mama. T. kasih......



Bersama Tn. Hj Zakaria ( PK HEM ), En. Alias ( KB Kemanusiaan ) dan Pn Fadhillah ( KB T&V ).



Bersama Cikgu Embun ( Anugerah Pengurusan Kelas terbaik ), Tahniah!

Guru-guru yang menerima Anugerah.........



Bergambar bersama para pelajar yang menerima anugerah,,,,,,,

 Bergambar kenangan dengan MB YAB Dato, Seri Utama Hj Mohamad Bin Haji Hasan




Tahniah kepada Mohd Hanafi serta ibu bapanya, semoga terus cemerlang.......





Semoga Anugerah yang diterima ini menjadi pendorong dan motivasi untuk terus cemerlang dunia dan akhirat, Insyaallah.

**********************************************************************
PERSIAPAN TERAKHIR BILIK MESYUARAT SEBELUM MAJLIS BERMULA.......

Terima kasih kepada Pn. Fuadah ( Ketua PT ), Cikgu Normala Kasim selaku Penyelaras Bilik ini, Cikgu Romzi, Cikgu Noraishah, para pelajar dan semua pihak yang membantu menceriakan bilik ini.......



En. Romzi
Pn Fuadah

Pn Noraishah dan Azrain ( 4 UM )