Wednesday, July 20, 2011

KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

           Ceria, Bersih, Kemas dan Menarik, itulah yang dapat diungkapkan apabila melangkah masuk ke kelas 5 IMTIAZ di SMA Dato' Klana Petra Maamor, Seremban. Apa yang lebih mengagumkan adalah penghuni kelas tersebut semuanya pelajar lelaki. Mereka telah buktikan bahawa tuntutan menjaga kebersihan dan keceriaan bukanlah terletak pada kaum HAWA sahaja namun ianya kewajipan semua umat Islam. Tahniah dan syabas kepada semua penghuni 5 IMTIAZ, teruskan usaha anda!!! Semoga pelajar SMKTTJ dapat mencontohi semangat dan kegigihan anda demi memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah dapat dikekalkan.





Wednesday, July 13, 2011

LAWATAN PENANDA ARAS

TARIKH                  :     12 JULAI 2011 ( SELASA )

MASA                     :      8. 00 PG - 2. 00 PTG

TEMPAT                 :      SMK PASIR PANJANG, PORT DICKSON

GURU DAN STAF  :      TN HJ ZAKARIA BIN ISMAIL ( K )
( SESI PAGI )                 PN PAKYAVATY ( KB SAINS & MATEMATIK )
                                        EN. YAZID BIN YUSOF
                                        PN RAFEAH BT MOHD YUSOF
                                        PN ROHAYU BT MUSTAFA
                                        PN MASTURA BT ABDULLAH

              Fokus utama lawatan ialah Unit HEM ( 3K ) kerana sekolah ini telah mendapat JOHAN pertandingan 3K peringkat Kebangsaan pada Tahun 2009. Semoga lawatan ini dapat membantu Unit HEM  serta dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan agenda 3K di SMKTTJ. Laporan secara terperinci akan dibentangkan oleh KB Sains dan Matematik pada hari Selasa 19 Julai 2011 ( Gebang Minda ).

Antara Guru dan Staf yang mengikuti Lawatan


 
Buku Program yang disediakan oleh Unit 3K SMK Pasir Panjang.


INOVASI - Meja pelajar yang telah rosak dijadikan tempat bekas untuk membuang habuk kapur pemadam papan hitam.



Sudut Pameran Pelbagai Anugerah




Sudut Analisis Peperiksaan


Program Menggapai Bintang ( Kelas Terbaik )


Senarai Nama Universiti Awam dan Swasta di bahagian Laluan antara bangunan

Pondok bacaan


Landskap berhampiran tangga


Pengetua SMK Pasir Panjang, Pn. Faridah


Ucapan Penghargaan daripada wakil SMKTTJ, Tn. Hj Zakaria Ismail ( Ketua Lawatan )

Cenderamata daripada SMKTTJ.



Wednesday, July 6, 2011

SEMINAR PEMANTAPAN AKIDAH REMAJA / BELIA ISLAM

TARIKH        :   6 JULAI 2011
MASA           :   8. 00 PG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT       :   BILIK KULIAH 2, MASJID NEGERI, NEGERI SEMBILAN


ANJURAN BERSAMA     :   JHEAINS  &  JPNS


PERASMIAN PENUTUP  :   TUAN JOHARI BIN HASSAN ( PENGARAH JHEAINS )


PESERTA      :  MUHAMMAD ISMAIL BIN MOHAMED PAID ( 4 UIAM)
                           MUHAMMAD HASIF BIN MOHD HANAFIAH  (  4 UIAM )
                           FIQRI HAKIM BIN ZAMRI   (  4 UIAM )
                           MOHAMMAD NOOR AKMAL BIN MAHADI ( 4 UPM )


OBJEKTIF SEMINAR  :  


* MENGAKUI KEESAAN ALLAH SWT
* MELAHIRKAN MANUSIA YANG PATUH ATAU TUNDUK KEPADA ALLAH SWT.
* MEMBENTUK KEPERIBADIAN ISLAM
* MELAHIRKAN GENERASI YANG MEMPUNYAI MATLAMAT HIDUP DAN   
   MEMETINGKAN ILMU PENGETAHUAN
* MEMBENTUK GENERASI BERAKHLAK MULIA DAN JATIDIRI YANG TINGGI DALAM  
   MENGHADAPI UJIAN DAN CABARAN
* MELATIH REMAJA MEMPRAKTIKAN AMALAN-AMALAN IBADAH DENGAN BETUL DAN 
   SEMPURNA
* MENJADI REMAJA YANG SOLEH DI DUNIA DAN AKHIRAT 

BUKU PROGRAM

ATURCARA PROGRAM

SARAPAN PAGI SEBELUM SEMINAR


BILIK KULIAH

BILIK KULIAH


              Tahniah kepada semua peserta yang terlibat. Semoga ilmu yang telah diperolehi dapat dikongsikan bersama kawan-kawan yang lain. Semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah oleh Allah SWT dan kekal dalam nikmat ISLAM dan IMAN.


Sunday, July 3, 2011

LARIAN 1M 1S 1M & GOTONG ROYONG PERDANA

                      Alhamdulillah, 2 Julai 2011 berlangsungnya Larian 1M 1S 1M serentak di seluruh Malaysia. Seawal 7. 15 pagi pelajar-pelajar telah mendaftarkan diri dan diberi nombor untuk direkodkan dan juga bertujuan untuk Cabutan Bertuah setelah tamat acara Larian. Program ini dijalankan bersama dengan SKTTJ 2 yang mana pelajar mereka akan berkumpul di Padang SMKTTJ untuk memulakan larian. Penyertaan daripada wakil ibu bapa dan juga PIBG turut memeriahkan program ini.
               
              Setelah selesai acara ini program diteruskan lagi dengan Gotong Royang Perdana. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan ialah mengecat bangunan sekolah yang diketuai oleh KB Kemanusiaan En. Alias Bin Abdullah, Menanam 300 pokok dalam pasu bunga yang diketuai  oleh KB TnV Pn Fadhillah Hashim, Pembersihan Longkang, Kebersihan Kawasan Sekolah dan juga Bilik-bilik Khas. Para pelajar dan guru menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan program tersebut untuk memastikan SMKTTJ Bersih, Ceria dan Selamat. Tahniah juga diucapkan kepada Pn. farah Anom selaku Setiausaha Program tersebut yang telah berjaya melaksanakan Program ini dengan jayanya.

                   Sama-sama kita saksikan beberapa gambar sepanjang program berkenaan yang dapat saya rakamkan........
* PROGRAM LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA













* PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA