Monday, December 12, 2011

SBPA ( SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM )


        

       Ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman Rasmi dari JPA berkenaan dengan SBPA yang bakal menggantikan SSM. Apapun keputusannya kita sebagai Penjawat Awam haruslah menerima sebarang perubahan dan bersyukur dengan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Pihak kerajaan.
            Banyak andaian yang telah dibuat oleh pihak tertentu berkenaan dengan SBPA ini. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang SBPA anda boleh melayari  Laman web rasmi JPA yang telah dikeluarkan secara rasmi dan akan berkuatkuasa mulai 1 Jan. 2012 menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 / 2011 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan.
            
MAKLUMAN LANJUT SILA LAYARI : 
sbpa@jpa.gov.my

Friday, December 9, 2011

PERISTIWA GERHANA BULAN

            GERHANA PENUH BULAN
Sabtu, 10 Disember 2011M / 15 Muharram 1433H

Info: Dr(H) Hj. Kassim Bin Bahali
Ketua Bahagian Falak
Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Jabatan Mufti Negeri Melaka
*************************************************************
              Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua.
        Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
                Kejadian gerhana Bulan hanya boleh berlaku ketika fasa purnama dan hanya apabila seluruh  atau sebahagian Bulan   memasukki bayang Bumi. Cahaya Matahari yang jatuh ke atas Bumi menyebabkan sebahagian Bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta  mengakibatkan bayang Bumi mengunjur ke angkasa.  Terdapat dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar bayang. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra dan bahagian luar dinamakan penumbra.
rajah02
                 
         Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam. Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
             Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

awal_gerhana

Bulan di langit timur, mula menyentuh bayang penumbra pada jam 19:34 tempatan (waktu piawai Malaysia). Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.
rajah01
 Rajah 1 Menujukkan pergerakan dan fasa-fasa gerhana penuh Bulan. Bulan mengalami gerhana penuh mulai jam 22:06 sehingga 22:57.

Seterusnya fasa total bermula apabila Bulan mula menyentuh umbra pada jam 20:46 (lihat rajah 1). Ketika ini kita akan melihat Bulan purnama akan mula hilang cahayanya sedikit demi sedikit. Sebahagian permukaan Bulan akan kelihatan gelap sedikit.

Fasa total berlaku apabila Bulan mengalami gelap seluruhnya bermula jam 22.06. Bulan ketika ini memasukki sepenuhnya bayang umbra dan berada di sini selama 51 minit. Tempoh ini separuh lebih pendek dari gerhana penuh pada bulan Jun lalu. Ia berada di tengah umbra pada jam 22.32.

Mulai jam 22.57 Bulan mula meninggalkan umbra sedikit demi sedikit. Fasa ini dapat dilihat oleh mereka  yang tinggal di Asia dan Australia. Bahagian yang paling jauh di barat yang dapat melihat gerhana penuh ini ialah di Hawai dan Alaska pada sebelah pagi waktu di sana.
gerhana_penuh

Bulan akan meninggalkan bayang umbra sepenuhnya pada selepas tengah malam iaitu jam 00:18 (11 Disember 2011) dan mula memasukki bayang penumbra. Kita akan melihat Bulan akan bercahaya semula seluruhnya. Pada ketika ini mereka yang tinggal di Afrika timur baru mula dapat melihat gerhana Bulan pada sebelah senja waktu di sana.

Semasa gerhana penuh kali ini Bulan berada dalam buruj Taurus yang digambarkan seperti seekor lembu. Semasa Bulan mengalami fasa total di dalam bayang umbra, permukaan Bulan tidak gelap sepenuhnya, kita masih boleh melihat permukaan Bulan dengan cahaya kemerahan seperti warna tembaga. Ini disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera Bumi dan jatuh ke atas permukaan Bulan. Warna cahaya ini kelihatan samar-samar. Ada gerhana penuh yang menunjukkan warna kemerahan yang agak terang, ada yang malap dan ada juga gelap. Keadaaan  Bulan dengan warna merah tembaga kelihatan sangat menarik. Ini diantara saat yang menarik yang dinantikan oleh peminat astronomi.

akhir_gerhana

Perubahan warna permukaan Bulan ketika gerhana penuh telah dikelas oleh ahli astronomi Perancis, Andre Danjon. Dia telah membahgikan kepada lima kelas berdasarkan luminositi (“L”) iaitu;
L = 0 jika seluruh Bulan gelap,
L= 1 jika warna Bulan kelabu gelap,
L= 2 jika warna Bulan merah pekat atau seperti warna besi karat.
L = 3 jika warna Bulan seperti merah bata,
L= 4 jika warna Bulan seperti merah tembaga atau oren yang cerah.
     
         Mari kita sama-sama saksikan gerhana penuh kali ini dan perhatikan yang mana satu warna Bulan yang akan kelihatan. Jangan lepaskan peluang melihat fenomena yang menarik ini dan bagi umat Islam fenomena ini merupakan diantara tanda-tanda kebesaran Allah, yang Maha Pencipta alam ini. Mereka disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana.

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN :
Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad
 
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
 
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat dalam solat malam.
 
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
 
Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
 
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
 
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.
 
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Lafaz niat :
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat  kerana Allah
Ta’ala”.
3. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
4. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
5. Baca al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
7. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
8. Baca al-Fatihah dan Surah.
9. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
10. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
11. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.