Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan taulan yang banyak membantu menguruskan PMR terutama Pn. Normala selaku Setiausaha Peperiksaan dan Pn Josiena selaku Penolong SU PMR serta rakan seperjuangan dalam UPP yang lain. Tanpa bantuan rakan-rakan semua sudah pasti urusan PMR tidak dapat dilaksanakan dengan sistematik seperti yang telah dirancang. Jutaan kemaafan juga saya pohonkan andai kata sepanjang mengendalikan PMR tahun ini ada yang tersinggung atau tersentuh hati......
Kepada anak-anak didik ting. 3, syabas dan tahniah kerana anda semua telah memberi kerjasama yang baik sepanjang PMR tahun ini. Jangan lupa, hari ini bukanlah berakhirnya usaha anda. Kepada pelajar yang menganbil MP Bah. Tamil, hari esok masih menanti anda. Kepada pelajar Islam, eruskan berdoa ke hadrat Ilahi agar dikurniakan keputusan yang cemerlang sebagaimana yang dihajati. Ingat! USAHA, DOA DAN TAWAKKAL kunci kejayaan abadi.......
No comments:
Post a Comment