1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar. Sebagai Penyelaras tugas ini akau lakukan sekali sekala je bila GT tidak ada.
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 2 buah buku 1 kelas = 40 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 80 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 80 = 400 Buah buku. Ibu bapa yang komplain guru tak menanda buku anak dia dah lama tu harap fahamlah ye.....
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah termasuklah mesyuarat setiap Selasa ( Grbang Minda ).
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit -
Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan
pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu. Nasib baik sukan sekolah
dah SELESAI....
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
8. Menghantar murid ke Klinik bila giliran bertugas ada murid yang sakit ke cedera ke dll
9. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi sekarang SMM le....
10. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri kalau GT lah....
11. Mengisi markah ujian/ peperiksaan..... ni yang pening sekarang ni ada pulak SAPS.
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin bagi Guru Disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga walaupun tidak semua bernmasalah.
15. Mengecat sekolah, tanam pokok, keceriaan Bilik-bilik KHAS.... jangan lupa SABTU 2.7.2011 ni.
16. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb), minggu Panitia....
17. Menyiapkan program Head Counting, sekarang ni pula KPI
18. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M,
19 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
20. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan, tidak selalu
21. Mengendali masalah / kebajikan murid
22. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
23. Menghadiri kelas tambahan, kelas intensif , mentor mentee dan sebagainya
24. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
25. Berniaga (jualan hari kantin- jangan lupa esok ye, berminat hubungi Pn Ruzita)
26. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb) bila ada program le....
27. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian .... Ingat 18 Julai ni UB2
28. Menanda kertas peperiksaan / ujian., jangan lupa Key In markah kat SAPS dan juga ISIS ( Backup )
29. Perkembangan staf / LDP
30. Mengendalikan perhimpunan murid bagi guru bertugas
* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.
SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU, HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..
Telah diedit dari Sumber SABAH FORUM.
akak setuju sangat tu Ayu.....kita ni kadang2 jadi polis, jadi peguam, jadi penguatkuasa,dan kadang2 jadi tukang sapu pun ada....tapi siapa yg paksa kita jadi cikgu...tak ada. semuanya atas kehendak sendiri kerana kasih sayang dan kesabaran kita melimpah ruah. kita sangat positif yg anak2 itu perlu dididik dan boleh dididik....jadi, teruskanlah jadi cikgu. dulu, kini dan selamanya. dan bulan ogos ini akak akan mengundurkan diri setelah 37 tahun menghabiskan tempuh hayat ku jadi cikgu...caya lah....
ReplyDeleteTahniah Puan Masita, Puan adalah GURU yang hebat, penuh ketabahan hingga berjaya mencurahkan bakti hingga ke penghujungnya.....
ReplyDelete