Monday, October 31, 2011

ROMBONGAN CIK KIAH KE VIETNAM

HARI KEEMPAT : ( 28 OKT 2011 - JUMAAT )

       Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di HCMC @ Vietnam. Perasaan gembira dan sedih bercampur baur. Gembira kerana dapat pulang semula ke Tanah Air tercinta Malaysia dan dapat berjumpa dengan insan2 tersayang yang teramat dirindui. Sedih pula kerana terpaksa meninggalkan Vietnam, entah bila lagi dapat datang semula........
          Pagi ini kami bersemangat menyusun barang-barang dan memastikan tidak melebihi berat yang ditetapkan. Setelah bersarapan pagi kami meneruskan aktiviti membeli belah yang terakhir. Kami berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan kami seramai 4 orang iaitu Kak Fadhilah, Kak Fadzilla dan Aishah ke Saigon Centre dan Taka Plaza ditemani Kak Ody dan suaminya. kumpulan satu lagi ke Hard Rock Cafe dan Diamond Plaza.
 Shoping kat Saigon Center......




           Kami bertemu semula ke Hotel pada pukul 12.00 tengahari untuk makan tengahari dan bersiap-siap untuk ke Air Port. Kumpulan pertama seramai 8 orang akan berlepas ke Malaysia pada pukul 2. 50 petang. Mereka meninggalkan hotel tepat jam 12.15 tengahari . Tinggal kami berdua sahaja iaitu saya dan kak Lela yang akan berlepas pada pukul 9. 10 malam.
        
           Kami menghabiskan masa yang ada dengan bersiar-siar sekitar Taka Plaza dan Saigon River sementara ke Air Port pada pukul 7. 00 malam. Kami menaiki beca dan bergambar di sekitar Saigon River. Sebelum balik ke Hotel kami meneruskan shoping di Ben Thanh Market untuk kali terakhirnya..........
********************************************

Selamat tinggal Hotel Kim Huong @ Vietnam.....

Lapangan Terbang HCMC @ Vietnam....

       Setelah selesai mengemas barang-barang kami bertolak ke Air Port lebih kurang 7. 15 malam dari Hotel Lim Huong. Setiba di Air Port hati berdebar-debar dan terus berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah SWT. Alhamdulillah segalanya selesai tanpa sebarang masalah. Kami tak sabar2 hendak mendarat di Bumi Tercinta Malaysia setelah 4 hari 3 malam meninggalkan keluarga tersayang.
Selamat Tinggal Vietnam.............

ROMBONGAN CIK KIAH KE VIETNAM

HARI KETIGA ( 27 OKT 2011 - KHAMIS )

           Pagi ini kami amat bersemangat sekali terutama kak Lela yang tak sabar2 nak mendayung sampan @ Mekong River. Kami telah memilih Pn. Zaidah sebagai Touris Guard kami kerana beliau fasih berbahasa Melayu dan yang lebih penting MUSLIM. Pakej yang disediakan oleh Pn. Zaidah dikenakan bayaran sebanyak RM 100 seorang yang merangkumi sarapan pagi, kos pengangkutan pergi n balik ke Mekong River, pemandu pelancong dan makan tengahari di restoran beliau sebelum balik ke Hotel kami.
            Pengalaman kami sepanjang mengembara ke Mekong River amat menarik sekali, tak terungkap dengan kata-kata terutama ketika mendayung sampan di tengah-tengah kesibukan Sungai Mekong.  Walaupun kepenatan yang amat sangat kerana di bawa melawat 3 pulau yang mempunyai aktiviti dan keunikan masing-masing tapi kami tetap bersemangat. Hanya foto-foto inilah yang mampu menggambarkan betapa terujanya kami.











Kami cuba mendayung sampan sambil duduk dan terasa urat saraf menegang walaupun sebenarnya dayungan kami tidaklah sekuat mana pun.  Bayangkan bila anda mendaynng seharian pergi dan balik...apatah lagi si pendayungnya adalah seorang perempuan warga emas (apa rahsia ye????~ mungkin darah ular yang diminum memberi tenaga kepada mereka)

      Perjalanan diteruskan dengan bot menuju ke pulau yang menghasilkan coklat kelapa.  Di sini kami melihat sebuah bangsal yang memproses coklat kelapa.  Apa lagi, agak banyak juga kami memborong coklat di pulau ini.  Wah!!!!terpegun seketika melihat beberapa botol leper yang disalut plastik kuning.  Puas jugak kami merenung dan meninjau.....ooooooo.....sang ular tedung dan kala jengking yang diawet dengan arak tradisional Vietnam.  La!!!lagi besar...satu botol besar yang boleh mengisi hampir 20 ekor ular yang telah diawet sedia untuk dijual dan selalunya untuk menguatkan tenaga batin orang lelaki.  


Malah, beg tangan, kasut, dan beberapa jenis perhiasan lain dari kulit ular sawa juga dijual serendah RM100.00.  Terdapat juga barangan yang dihasilkan dari kulit buaya.  Jadi, masyarakat Delta Mekong ini sebenarnya bijak menggunakan segala bahan mentah yang ada dan mereka tidak membuangnya begitu sahaja.  Ikan juga menjadi sumber pendapatan utama di sini.  Antara ikan yang popular ialah Ikan Telinga Gajah, Ikan Talapia dan Ikan Sepat.


Perjalanan menyusur pulau kecil ini diteruskan dengan merentas jambatan gantung.  aduhai..berderau darah apabila tiba di pertengahan jambatan dan melihat ke bawah, di dapati kayunya agak lusuh dan seakan rapuh...apatah lagi kami digoncang oleh Makcik Kiah yang telah sampai di hujung jambatan.  Kereta kuda sedang menanti ketibaan kami dengan sabar.  Terdetik juga di dalam hati, alahai, kesiannya kuda ini diperalatkan semata-mata untuk manusia mengisi perutnya.  Kuda-kuda di sini agak kecil berbanding kuda yang digunakan untuk perlumbaan dan kurus sama seperti tuannya.  Matanya ditutup untuk mengawal pergerakannya yang sentiasa diluar jangkaan.  









Bila menaiki jambatan, kuda ini dengan sendirinya akan berjalan dan dipimpin oleh tuannya.  Bila melepasi jambatan, secara automatik ia akan berlari dan sampailah kami ke penghujung perjalanan di perkampungan Quoi An.  Bot meneruskan perjalanan ke pulau yang menempatkan pagoda yang dijumpai oleh Nguyen Thanh Nam atau Coconut Monk (di Phoenix island @ Cồn Phụng).  Masyarakat di sini tidak memakan benda lain selain makanan berasaskan kelapa.





Menyusur sepanjang pulau melihat kawasan peliharaan buaya yang menjadi sumber pendapatan di Delta Mekong.  Buaya-buaya disini diberi makan daging babi yang senang untuk diperolehi.  Kebanyakan jambatan yang dibina di pulau juga berasaskan buluh.  Akhirnya, berakhirlah pengembaraan kami di sekitar pulau kecil di Delta Mekong.  Sebenarnya terdapat beratus pulau lain sepanjang sungai Mekong dan jangan terkejut, kalau anda sampai ke salah sebuah pulau yang mana masyarakatnya hanya menternak babi, memakan siput babi dan anjing.

Walaupun masyarakat Vietnam berketurunan Cina, tetapi di sekitar bandar dan walau di mana sahaja kita pergi, agak sukar untuk melihat kelibat anjing liar dan kucing liar di jalanan melainkan bagi sesetengah mereka yang berada, mereka akan memelihara anjing kecil seperti Chihuahua (siap baju dan sarung kaki).  Kenapa tidak ada anjing dan kucing....oh! orang Vietnam sebenarnya suka makan daging anjing dan kucing terutama di daerah Hanoi.


Huh!!!! panjangnya cerita....sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Vietnam untuk dilawati tetapi memandangkan masa yang agak singkat, perjalanan kami berakhir di Delta Mekong.  Kawasan yang masih boleh dilawati ialah Can Tho (pasar terapung yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran), Dalat (kawasan peranginan sederhana sejuk), Phan Thiet (kawasan peranginan tanah tinggi), Mui Ne Beach, Bau Trang (White Sand Dunes), dan lain-lain kawasan yang menarik.
***********************************    
Malamnya kami ke rumah Kak Ody yang telah mengundang kami untuk majlis makan malam bersama dengan beberapa orang tetamu dari Malaysia yang lain. Kami amat terpegun melihat betapa besar dan cantiknya rumah yang didiami kak Ody. setelah sekian lama tidak bertemu dengan kak Ody maka banyaklah cerita yang dikongsi bersama. Kemudian kami di bawa melihat beberapa bilik yang terdapat di rumah beliau sebanyak 3 tingkat.


Bergambar kenangan - sebahagian dari ruang tamu rumah kak Ody.....


 Memang besar rumah Kak Ody dan menarik sekali reka bentuknya......




                 Pulang dari rumah Kak Ody kami meneruskan shoping di Pasar Malam kerana ini adalah malam terakhir kami berada di HCMC @ Vietnam. Kami pulang semula ke Hotel lebih kurang 12.00 malam. Terus menyusun barang-barang yang telah dibeli. Kami meminjam alat penimbang dari hotel kerana risau takut2 terlebih berat / kg. Setelah semuanya selesai baru lega hati kami untuk beradu.......... bersambung.

Sunday, October 30, 2011

ROMBONGAN CIK KIAH KE VIETNAM

HARI KEDUA ( 26 OKT. 2011 - RABU ) : Ihsan dari Blog Lensa SMKTTJ.

           Seawal jam 0500 pagi (0600 pagi waktu Malaysia), matahari telah mula menunjukkan cahayanya.  Waktu subuh di HCMC ialah jam 0430 pagi dan bermulalah bunyi-bunyian pelbagai hon kenderaan sama ada kereta mahupun motosikal di atas jalan raya.  Di sini, jarang kita akan berjumpa dengan kenderaan berat seperti lori dan nisbah kereta dengan motosikal ialal 1:100 (bayangkan betapa banyaknya motosikal) dan dengan hampir 10 juta penduduk HCMC.  

               Maka tidak hairanlah jika anda melangkah ke Saigon, di mana-mana sahaja kaki lima jalan akan dipenuhi manusia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk dijadikan tempat tinggal.  Mereka yang memiliki rumah adalah golongan yang kaya raya sahaja.  Itu pun, rumah yang diduduki sebenarnya adalah milik kerajaan. Inilah sistem kerajaan kapitalis yang mengamalkan ideologi komunis.

          Sebahagian daripada kami memulakan hari baru di Saigon dengan bersarapan di tingkat 7 Kim Huong Hotel (voucer sarapan pagi) dengan hanya mengambil roti yang dibekalkan dengan butter dan jem strawbery untuk mengelakkan termakan hasil ternakan babi.  Ada juga antara kami yang memenuhi perut dengan merebus mee maggie cup yang diusung dari Malaysia dan pelbagai jenis biskut.


Pagi di Ben Thanh....





         Tepat jam 0700 pagi, kami mengambil Vinasun Taxi ( pastikan no. yang tertera di Taxi ialah 38. 27. 27. 27 - untuk mengelakkan dari di tipu ) ke The Sinh Tourist yang popular dengan panggilan Sinh Cafe yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari hotel.  Menteri Kewangan kami, Puan Yusrina membeli tiket ke Cu Chi Tunnel.  Dalam 20 minit kemudian, bas yang akan membawa kami ke Chu Chi Tunnel sampai dan kami meneruskan perjalanan bersama pelancong dari Korea Selatan, Ireland serta Amerika Latin.

Melihat susun atur bangunan yang berselerak dengan talian arus elektrik yang bagai menunggu mangsa membuatkan kami berdiri bulu roma kerana terasa nyawa boleh melayang bila-bila masa sahaja.  Tiada bangunan pencakar langit tetapi hampir kesemua bangunannya berbentuk kotak dibumbungi dengan zink yang mula berkarat mengikut usia.


Sinh Tourist....








Cu Chi Tunnel yang terletak dalam wilayah Cu Chi mengambil masa 2 jam perjalanan ke selatan HCMC.  Ianya merupakan kawasan operasi kumpulan yang menggelarkan diri mereka dengan "Viet Cong" yang bertindak berperang dengan Amerika Syarikat dalam 'Perang Vietnam' tahun 1968.    Viet Cong adalah kumpulan gerilla bawah tanah yang membina terowong sepanjang 75 batu (120 km) yang boleh memuatkan beribu gerilla dan penduduk untuk berlindung dari tentera Amerika.

Masih terdapat lekukan-lekukan kesan jatuhan bom oleh tentera Amerika B-52 yang menjatuhkan 30 tan bom dibantu oleh tentera Australia namun tidak berjaya menghapuskan tentera gerilla yang bersembunyi sedalam 3 hingga 7 kaki ke dalam tanah.

Pengembaraan di sekitar Cu Chi Tunnel yang masih kekal seperti dahulu dengan sesetengah tempat masih mempunyai jerangkap samar telah memberi seribu gambaran buat generasi sekarang yang tidak terlibat dengan perang dan betapa senang hidup tanpa perang.  Pengalaman menjadi gerilla Viet Cong oleh beberapa orang antara kami membuatkan hidup lebih dihargai kerana kita tidak pernah merasai kesempitan untuk meneuskan kehidupan.


Setelah sampai ke penghujung perjalanan, kami berehat seketika sambil menikmati ubi kayu rebus bersama air.  Berlaku sedikit kesilapan komunikasi antara kumpulan kami dan Kerry.  Salah seorang dari kami bertanya Kerry air apa yang dihidangkan itu.  Dengan penuh yakin Kerry menjawab pineapple (mengikut pendengaran kami)...lalu kami meminum air yang dihidangkan tetapi tidak pulak terasa macam rasa nenas tetapi rasa dan berbau pandan.  Dengan muka tidak puas kami bertanya semula Kerry air apa yang dihidangkan itu.  Lantas Kerry menyebut "pinpal" (atau lebih kurang begitu bunyinya) sambil menunjukkan tangannya ke pokok pandan yang tergantung.  Dengan serentak kami ketawa dan menjawab...oooooooooo air daun pandan....Maka, jadilah kami perhatian ramai pelancong negara-negara lain di bumi Vietnam.




















Add caption




















Tepat jam 0100 petang, kumpulan kami berangkat pulang ke HCMC bersama pemandu pelancong Encik Kerry (dieja...K.E.A.A.Y)* Orang Vietnam tidak boleh menyebut 'R' dan 'S' seperti "SISTER"...akan disebut sitte'....


Dalam perjalanan pulang ke HCMC, dengan rasa bosan yang teramat salah seorang dari kami cuba mengajak pemandu bas berborak.  Memang terbukti masalah utama antara kami ialah komunikasi.  Kami bertanya dalam bahasa inggeris dan dijawab dalam bahasa Vietnam.  Lain yang kami tanya, lain yang dijawab.  Kadang-kadang terasa kesian kerana untuk menjawab soalan kami segala aksi dilakukan termasuklah menggaru kepala dan mengangkat kedua-dua tangan semasa memandu tetapi tetap tiada suara.  Paling tidak pun, mereka akan tersengih walaupun soalan kami tidak kelakar sebenarnya.  Setelah penat melayan kami bercakap (sebenarnya masing-masing bercakap sendiri)...kami dipelawa memandu bas pelancong.  Oh!!!tidak sama sekali kerana pemandunya berada di sebelah kiri.

Setibanya kami di Sinh Cafe, makanan tempahan kami dibawa oleh puan Hazel dan kami makan tengah hari tepat jam 0300 petang menumpang sebuah restoran sebelah Sinh Cafe.  Kami hanya minum air tembikai bagi menghormati pemilik restoran yang sudi memberi ruang untuk kami makan. 
Pengembaraan diteruskan dengan City Tour oleh pemandu pelancong yang baru. Kami dibawa ke Dinh Doc Lap - Independence Palace yang terletak di Ly Tu Trong tidak jauh dari pasar Bin Thanh.  Bangunan yang dibina era pemerintahan Perancis berasaskan idea Mr Ngo Viet Thu dan menjadi istana buat pemerintahnya iaitu Ngô Đình Diệm mulai 27 Februari 1962.  Istana ini juga dikenali sebagai istana Norodom dan kini dipanggil Independence Palace(Hội trường Thống Nhất).  Istana ini juga pernah menjadi tempat pentadbiran tentera jepun tahun 1945.











Tidak rugi melihat seni bina masyarakat Vietnam yang membina beberapa pintu rahsia untuk membolehkan pemerintahnya melarikan diri.  Malahan, terdapat satu jalan yang menghubungkan kawasan istana ke lapangan terbang Ho Chi Minh (Tan Son Nhat International Airport) yang terletak kira-kira 7 km yang membolehkan presidennya melarikan diri apabila diserang.

          Kemudian, perjalanan diteruskan ke Central Post Office yang mempunyai ukiran gothic dari Perancis.Ianya adalah hasil senibina oleh Gustave Eiffel yang menjadi lokasi tumpuan pelancong yang rata-rata akan masuk ke bangunan pejabat pos dan membeli poskad untuk dihantar kepada mereka yang disayangi.  Kumpulan kami juga telah membeli pelbagai pemandangan yang ada pada poskad dan menghantarnya kepada mereka yang ditinggalkan di Malaysia bersetemkan sebanyak 10,800 Dong.  Poskad dijangka sampai dalam masa 1 hingga 2 minggu.










                      Dari Central Post Office, kumpulan kami tidak meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya kerana jam 0500 akan tiba waktu Maghrib.  Oleh kerana tidak mempunyai peta mahupun GPS, kami menaiki teksi Vinasun ke tempat penginapan yang sebenarnya hanya memakan masa selama 7 minit sahaja jika berjalan kaki.  Apa nak buat....kita duduk di negara orang.  Lagi pun, kalau sesat agak sukar untuk berkomunikasi dengan masyarakat tempatan yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Selepas solat Maghrib, kami mula meneroka pasar Ben Thanh yang akan ditutup pada jam 0700 petang.  Pasar ini merupakan syurga kepada pembeli kain, baju serta barangan kraftangan.  Beberapa orang dari kami juga sempat membeli jam tangan jenama Omega.  Malah kami juga berkampung di lot kedai yang menjual kain kapas untuk baju kurung.  Masing-masing membeli paling kurang 4 pasang kain untuk diisi ke dalam bagasi.  Sepasang bernilai 10 USD (RM30.00).  Apa yang perlu diingat oleh para pelancong ketika berada dalam pasar Ben Thanh ialah jangan sesekali menyentuh apa sahaja barangan yang dijual (pada penjual apabila kita memegangnya kita mesti membelinya).  Kalau kita mengatakan tidak atau "No", mereka akan memaki hamun dan memarahi para pelancong.

Setelah pasar Ben Thanh bergelap, kami meneruskan penjelajahan untuk kali kedua di pasar malam sekitar Ben Thanh (Pho Mua Sam Night Market).  Harga yang ditawarkan oleh peniaga akan naik berkali ganda serta adegan tawar menawar diteruskan dan tidak kurang juga ada sesetengah pelancong dimarahi oleh peniaga termasuklah kami.  Katanya 'kalau tidak mempunyai 100,000 Dong, jangan cuba tawar menawar'.  Kadang-kadang terjadi juga penjual mengejar kami yang tidak berminat dengan barangan mereka dengan menawarkan harga murah.  Jangan juga terkejut bila kita dipegang dengan kuat oleh peniaga yang seakan-akan memaksa kita membeli hasil jualan mereka.  Ini kerana, penduduk Vietnam bergantung sepenuhnya kepada para pelancong untuk mata pencarian mereka disebabkan sebahagian besar penduduk adalah golongan miskin dan tidak mempunyai rumah.  Malah, mereka akan lebih gembira bila kita membeli dengan duit malaysia Ringgit atau USD kerana bila ditukar kepada Dong....mereka akan jadi kaya raya.

Setiap penjuru dan sudut jalan atau di mana sahaja ruang kosong kita dapat melihat berlakunya urusniaga seakan-akan mencetak budaya dan tradisi yang ada di negara Perancis.  kanak-kanak juga dieksploitasi sepenuhnya di Saigon.  Seawal usia setahun, mereka digunakan untuk menarik perhatian pelancong untuk membeli barangan yang dijual.  Malahan, kanak-kanak ini akan terus menjual barangan bermula jam 0800 pagi hingga ke tengah malam. 


Perjalanan kami agak perlahan kerana masing-masing mula mengumpul tenaga untuk mengusung barangan yang semakin sarat.  Kami juga sempat membeli buah-buahan segar untuk dimakan sebelum beradu.  Jangan lupa, apabila anda melintas jalan di Bandar Saigon....lintaslah dengan yakin tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan kerana prinsip pemandunya ialah pemandu di belakang mesti mengawasi objek di hadapan (mereka akan mengelak pejalan kaki yang melintas di hadapan mereka).  Bagaimana dengan pemandu kita??????


Berada di Saigon City, mata hanya akan minta untuk berehat setelah jam menunjukkan ke angka 1 (jam 0200 pagi di Malaysia).  Kami juga mula terfikir kenapa negara yang begitu lama diduduki oleh penjajah seperti Amerika, Perancis dan Jepun tidak sedikit pun pandai dan fasih menuturkan bahasa penjajahnya????.......bersambung.