KEMBARA

ROMBONGAN CIK KIAH KE VIETNAM

TARIKH  : 25 - 28 OKT. 2011
TEMPAT     : HO CHI MINH CITY ( HCMC ) / SAIGON @ VIETNAM
AHLI ROMBANGAN : 10 ORG GURU SMKTTJ

      Alhamdulillah dengan izinnya jua dapatku menulis di blog ini pengalaman sepanjang lawatan ke HCMC, Vietnam bersama rakan seperjuangan dari SMKTTJ seramai 10 org yg diketuai oleh Pn. Yusrina Hanim. Peserta yang lainnya ialah Pn. Fadhilah, Pn. Noraishah, Pn. Fadzilla, Pn. Ruzita, Pn. Sabariah, Pn. Norlela, Pn. Norazian dan Pn. Farah Anom.  Lawatan kami  selama 4 hari 3 malam. Terlalu banyak pengalaman pahit manis yg hendak dikongsi bersama. Apa yang bakal ku catatkan di sini adalah serba sedikit tentang pengalaman apa yang aku lalui di sana berdasarkan gambar-gambar yang telah ku ambil dan juga dari Blog Lensa ( T. Kasih untuk Pn. Sabariah atas keizinannya. Ku mulakan catatan ini dengan hari pertama.

Hari Pertama : ( 25 Okt. 2011 - Selasa )
        Seawal jam 4. 30 pagi aku telah pun bangun unk bersiap2 ke LCCT, Sepang yg akan dihantar oleh jiranku En Zulkifli ( Pemandu Taxi ) bersama Kak Azian dan Kak Lela. Tepat jam 5. 20 pagi kami bertolak ke LCCT melalui jalan LBJ. Alhamdulillah kami sampai tepat jam 6. 14 pagi dan terus menunaikan solat subuh. Doa dipanjangkan kehadrat Ilahi agar segala urusan pergi dan balik kami selamat dan dipermudahkannya.

Ruang menunggu sebelum menaiki pesawat jam 9. 10 pagi.
 Hati berdebar untuk meninggalkan tanah air tercinta tetapi amat teruja sekali untk melawat Vietnam.

 Perasaan sedih dan gembira bercanpur baur ketika hendak berlepas meninggalkan LCCT, Sepang.


 Alhamdulillah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa HCMC, Vietnam pada puku 11 pagi waktu Malaysia ( lebih kurang 10. 00 pagi waktu Vietnam).

 Menunggu bagasi .......

 Bergambar di hadapan Taxi Airport yang akan membawa kami ke Hotel Kim Huong.


         Perjalanan meredah HCMC bermula dan kami terdiam seketika kerana terasa seram sejuk.  Apa tidaknya...beribu motosikal di atas jalan raya dan dengan bunyi hon di sana sini amat menyakitkan telinga serta susunan bandarnya yang berselirat dan sungai Saigon yang berwarna hitam airnya.  Indahnya HCMC!!!!!

Akhirnya kami tiba jua di Hotel Kim Huong, Alhamdulillah.


Berehat seketika sementara menunggu kak Ody Chek In Bilik untuk kami sekitar jam 12.00 tengahari.

Inilah bilik kami berempat yg telah di tampah oleh Kak Ody beharga USD 64 sehari. Seorang lebih kurang RM 50 sehari.



Setelah berehat seketika, kami di bawa ke Restoran Halal Saigon yang amat popular di kalangan pelancong Malaysia yang terletak tidak jauh dari hotel.


  Kemudian kami bersiar-siar dan di bawa ke kedai permata serta menukar duit RM ke Dong sebagai persiapan unk shoping di Ben Thanh Market petang nanti.







Inilah pemandangan di Ben Thanh Market. Pasar yang amat terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan yang terletak betul-betul di hadapan Hotel kami. Hari pertama sahaja shoping di sini poket kami dah hampir kering. Setelah kepenatan membeli belah, kami pulang ke Hotel untuk berehat.




Pada malamnya kami ke Restoran halal Saigon sekali lagi untuk menikmati makan malam bersama semua ahli rombongan. Terima kasih kepada Kak Ody dan suaminya ( En. Helmi ) yang telah menaja makan malam kami........




Aktiviti terakhir kami pada hari ini adalah shoping dekat Pasar Malam di sekitar jalan Ben Thanh Market. Pasar Malam ini akan bermula sekitar jam 8 malam hingga 12. 00 setiap hari. Harganya lebih murah berbanding pada siang hari dekat Ben Thanh Market. 
Selepas kepenatan seharian berjalan kami pulang ke Hotel untuk berehat dan mengumpul tenaga untuk meneruskan perjalan kami keesokannya......... bersambung.

1 comment: