Sunday, July 3, 2011

LARIAN 1M 1S 1M & GOTONG ROYONG PERDANA

                      Alhamdulillah, 2 Julai 2011 berlangsungnya Larian 1M 1S 1M serentak di seluruh Malaysia. Seawal 7. 15 pagi pelajar-pelajar telah mendaftarkan diri dan diberi nombor untuk direkodkan dan juga bertujuan untuk Cabutan Bertuah setelah tamat acara Larian. Program ini dijalankan bersama dengan SKTTJ 2 yang mana pelajar mereka akan berkumpul di Padang SMKTTJ untuk memulakan larian. Penyertaan daripada wakil ibu bapa dan juga PIBG turut memeriahkan program ini.
               
              Setelah selesai acara ini program diteruskan lagi dengan Gotong Royang Perdana. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan ialah mengecat bangunan sekolah yang diketuai oleh KB Kemanusiaan En. Alias Bin Abdullah, Menanam 300 pokok dalam pasu bunga yang diketuai  oleh KB TnV Pn Fadhillah Hashim, Pembersihan Longkang, Kebersihan Kawasan Sekolah dan juga Bilik-bilik Khas. Para pelajar dan guru menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan program tersebut untuk memastikan SMKTTJ Bersih, Ceria dan Selamat. Tahniah juga diucapkan kepada Pn. farah Anom selaku Setiausaha Program tersebut yang telah berjaya melaksanakan Program ini dengan jayanya.

                   Sama-sama kita saksikan beberapa gambar sepanjang program berkenaan yang dapat saya rakamkan........
* PROGRAM LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA













* PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

















No comments:

Post a Comment